Harapan
“Sudahlah Sohyun.
Kau jgn taruh harapan kepada lelaki yg telah lukakan hati kau tu. Buat apa kau
masih ingatkan dia sedangkan dia berseronok dengan perempuan lain.” Nasihat
Jihyun sebagai kakak.
“Adik masih sayangkan dia!! Tak sangka dia
sanggup tinggalkan adik!” ronta Sohyun. Jihyun dan Hyuna tidak dpt menenangkan
Sohyun.
“Hyuna! Mlm ni
kau tido sini yer temankan adik aku ni sekali.. boleh?” Tanya Jihyun. “Mmm,
boleh je..” jawab Hyuna.
Di sekolah.
“Selamat pagi
murid2.. hari ini cikgu nak kenalkan seorang pelajar baru” Cikgu Avy menyuruh
pelajar itu masuk ke kelas.
“Selamat pagi
semua.. hai.. nama saya Sandeul.. selamat berkenalan.” Sandeul melambai tangan
sambil melemparkan senyuman. Lalu Sandeul mencari tempat duduknya.
“Hai, ade org
tak? Boleh saya duduk?” tanya Sandeul kepada Sohyun. Sohyun terkejut seketika
kerana wajah Sandeul seiras dengan bekas kekasihnya Bian.
“Oh, duduklah
takde sape pon duduk sini.” Jawab Sohyun sambil menatap wajah Sandeul.
“T...ta..tak..tak
mungkin.. kenapa wajah kau seiras Bian? Kenapa? Kenapa kau perlu muncul depan
aku lagi?” bisik hati Sohyun.
Di kantin.
“Eh, tu bukan ke
Bian?” tanya Hyuna.
“Mana?” tanya
Jihyun pula. Hyuna menunjuk kearah seorang lelaki sedang membeli air lalu
Jihyun dan Hyuna mendekati lelaki itu.
“Hoit, Bian!”
Jihyun menarik bahu lelaki itu ke tepi dinding.
“Korang niyh
sapa?” tanya Sandeul.
“Eh, dah lupa
kitaorg niyh sapa selepas ko tinggalkan adik aku?! Ko memang nak matila Bian!”
Jihyun cuba menampar Sandeul.
“Kakak! Nanti!”
jerit Sohyun.
“Dia niyh bukan
Bian, kak. Dia niyh Sandeul pelajar baru kelas adik.” Sohyun menerangkan
perkara sebenar kepada kakaknya.
“Tapi, muka dia
seiras Bian, Sohyun!” kata Jihyun.
“Cukupla kak!
Adik taknak dengar lagi nama tu! Cukup la kak!” jerit Sohyun lalu pergi
meninggalkan mereka bertiga. Sandeul disitu terpaku melihat pergaduhan antara
kakak dan adik.
“Awak Sandeul?”
tanya Jihyun.
“Ye saye.” Jawab Sandeul.
“Saya Jihyun dan
ini kawan saya, Hyuna. Saya nak minta maaf kat awak sebab cari pasal dgn awak
tdi.” Kata Jihyun lagi.
“Saya maafkan”
balas Sandeul. Lalu Sandeul pergi meninggalkan Jihyun dan Hyuna.
Selepas waktu persekolahan.
“Kakak! Adik
balik lambat sikit boleh? Adik ada brg nk beli” jerit Sohyun dari pintu
kelasnya.
“Okeyh, tapi jgn
lambat sangat” jawab Jihyun.
Sohyun pergi ke
taman berdekatan dengan rumahnya.
“Huh! Kenapa aku
menangis? Kenapa?” tanya Sohyun sambil mengelap air matanya yg jatuh dipipinya.
“Aku tak perlu menangis kerana seorang lelaki.. tapi aku berharap sangat yg aku
dgn Bian akan bertemu kembali. Itu harapan aku.” Sohyun terus menangis apabila
mengingat kembali kisahnya bersama Bian. Ketika itu Sandeul sedang berjogging
di taman itu. Dia terserempak dengan Sohyun sedang menangis. Lalu dia pergi
kearah Sohyun.
“Hai, awak Sohyun
kan?” tanya Sandeul.
“Omo, awak? A’ah,
saya Sohyun” jawab Sohyun sambil dia mengelap air matanya.
“Kenapa awak
menangis?” tanya Sandeul lagi.
“Saya teringatkan
seseorang. Dia dah tinggalkan saya. Dia tahu yg saya masih sygkan dia tp dia paksa
saya untuk lupakan dia.” Sohyun menceritakan kepedihan yg dia tanggung selama
ini kepada Sandeul.
Semenjak
peristiwa Sohyun menceritakan kesedihannya kepada Sandeul, hari ke hari, minggu
ke minggu, bulan ke bulan, hubungan Sohyun dan Sandeul semakin akrab. Jihyun
dan Hyuna gembira kerana Sohyun sudah kembali ceria kerana kehadiran Sandeul.
Di taman.
“Sohyun, saya nak
tanya awak sesuatu?” kata Sandeul.
“Tanyalah.” Jawab
Sohyun.
“Hari Sabtu niyh
awak free? Kalau free saya nak ajak awak dtg mkn mlm dgn family saya.” Kata
Sandeul lagi.
“Emm..Sabtu? free
kot” jawab Sohyun.
“Alah... jgnla
ade kot..kot..” kata Sandeul lagi.
“Saya melawak je
lah.. saya free je” jawab Sohyun.
“Okeyh.. awak dtg
dgn kakak awak dan Hyuna sekali ye..” sambung Sandeul. Sohyun mengangguk tanda
setuju.
Di rumah Sandeul.
“Wow, besar jugak
rumah awak, Sandeul.” Kata Hyuna.
“Hehe, biasela..
takde la besar mne pon.” Jawab Sandeul.
“Alah.. takpayah
nak rendah diri sangat la Sandeul oi..” sakat Jihyun.
Sohyun hanya
gelak kecil melihat Sandeul diperli oleh kakaknya dan Hyuna.
“Annyeong.. kami
dah sampai..” kata Sandeul.
“Oh.. dah
sampai.. selamat datang..” kata Puan Mary, ibu Sandeul. Sohyun, Jihyun dan
Hyuna memberi tunduk hormat kepada org tua Sandeul.
“Jemput masuk..”
pelawa ayah Sandeul. Lalu mereka bertiga masuk ke rumah Sandeul.
“Tuan, makanan
sudah siap dihidang.” Kata pembantu rumahnya. Encik Park hanya mengangguk lalu
dia menyuruh Sandeul membawa mereka bertiga ke meja makan untuk makan malam.
“Sohyun, Jihyun
dan Hyuna, makanlah jgn malu2.” Pelawa Puan Mary. Mereka hanya mengangguk.
Setelah selesai makan mereka semua duduk di ruang tamu.
Sohyun
memerhatikan isi rumah Sandeul. Tiba2 dia terlihat sebuah gambar. Lalu dia
mendekati gambar itu. Sohyun terkejut melihat gambar itu. “Bian!!!” Sohyun
terduduk melihat gambar itu. Jihyun dan Hyuna terkejut lalu mereka pergi ke
arah Sohyun. Jihyun juga terkejut melihat gambar tersebut.
“Kamu semua jgn
terkejut. Bian tu abg kembar saya.” Sandeul menerangkan kejadian sebenar kepada
mereka bertiga. Rupa2nya Bian meninggalkan Sohyun kerana dia menghidap barah.
Dia tidak mahu melihat Sohyun sedih melihat dia dipusarakan. Jadi Bian
mengambil langkah untuk meninggalkan Sohyun terlebih awal. “Abg Bian ada bgi
wasiat dekat saya. Dia suruh saya jaga awak Sohyun. Dia nak saya gantikan
tempat dia. Dia kata dekat awak, dia minta maaf bnyk2 sebab rahsiakan penyakit
yg dia hadapi.” Terang Sandeul lagi.
“Sohyun! Kakak
minta maaf dah fitnah Bian selama ini.” Kata Jihyun.
“Bian!!! Awak
sepatutnya bagi tahu saya..” rintihan Sohyun.
“Sohyun, maafkan
saya selama ini saya merahsiakan perkara ini.” Kata Sandeul.
“Betul tu Sohyun..maafkan
kami kerana tak hubungi kamu semasa Bian pergi meninggalkan kita semua.” Kata
Puan Mary.
“Ayah. Mana bende
tu?” tanya Sandeul.
“Oh! Bende tu!
Nah, Sandeul sambut!!” jawab Encik Park.
Sandeul menyambut
barang yg dibaling oleh ayahnya lalu dia mendekati Sohyun dan melutut.
“Sohyun... ‘aku
berharap sangat yg aku dgn Bian akan bertemu kembali. Itu harapan aku.’ Itu
kata2 awak semasa di taman. Jadi biarkan saya jadi pengganti Bian dan jadikan
itu harapan awak kepada Bian?” tanya Sandeul sambil membuka bekas yg berisi
seutas rantai lalu memberinya kepada Sohyun.
Sohyun menangis
lalu dia memeluk Sandeul dengan erat.
“Ye...saya
izinkan awak menjadi pengganti Bian dan menjadi harapan saya buat
selama-lamanya.” Jawab Sohyun.
4 tahun seterusnya.
Sohyun hidup
bahagia bersama Sandeul. Kakaknya pula menjadi Usahawan yg terkenal. Hyuna pula
melanjutkan pelajarannya ke UK.
“Tak
sangka..harapan boleh jadi kenyataan?” kata Sohyun kepada Sandeul. Sandeul hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya, Sohyun.
Sohyun
Sandeul/Bian
Hyuna
Jihyun