Selamat Menyambut Tahun Baru [2015]




Hai~ Alhamdulillah.. syukur kepada Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita untuk bernafas pada hari terkahir pada tahun 2014. Pejam celik pejam celik hari ni hari terakhir bagi kalender disember 2014. Sekejap saja rasanya.. Tahun 2014 mempunyai pelbagai cerita yang telah dijadikan sebagai sejarah. Contohnya, pada tahun ini, negara Malaysia telah kehilangan dua buah pesawat iaitu MH 370 dan MH 17 . Selain itu, tahun ini merupakan banjir yang teramat teruk. Mungkinkah ini sebagai satu petanda daripada ALLAH s.w.t ?tentang KELALAIAN manusia selama ini? nauzubillahminzalikh. Ya Allah Ya Tuhanku, Aku memohon agar Engkau mengampunkan dosa-dosa ku, dosa-dosa kedua-dua ibu bapa ku, dosa-dosa keturunanku dan dosa-dosa keseluruh umat Islam. Amin Ya Rabbalalamin.

Sepanjang 2014 ini, Syaf juga mempunyai pelbagai dugaan, rintangan, halangan yang perlu ditempuh. Alhamdulillah... Dengan berkat kesabaran, Syaf mampu mengharunginya. Pada permulaan awal Januari 2014, Syaf berasa gembira kerana Syaf telah berjumpa dengan sahabat baru iaitu Nurul Adilah Zamzuri, ya... walaupun tempoh perkenalan kami sangat singkat tetapi kami mempunyai keserasian yang sangat tinggi. Dialah yang sanggup menemani Syaf ketika suka dan duka. Terima kasih Syaf ucapkan kerana sudi menjadi sahabat Syaf. :) 

Pada minggu kedua Januari 2014, Isnin, 13. Hari itu merupakan hari kelahiran Syaf yang ke-16. Pada mulanya Syaf berasa sangat teruja kerana akan bersama-sama menyambut hari kelahiran Syaf dengan kawan-kawan baru di sekolah yang baru tetapi hajat Syaf tidak kesampaian kerana Syaf terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan. Ya Allah.. begitu hampa perasaanku ini. Alhamdulillah, hanya setengah hari sahaja Syaf berada di wad kecemasan. Tidak kusangka... sambutan hari lahir Syaf yang ke-16 di sambut di hospital. Pengalaman yang menarik! ^^ Pada malam harinya, Syaf mengikuti keluarga bersama-sama menyambut hari kelahiran Syaf. Walaupun ahli keluarga Syaf tidak lengkap dan Syaf pula berada dalam keadaan tidak sihat, Syaf kuatkan semangat untuk kelihatan sihat sepenuhnya dan gembira.. Alhamdulillah.. Syaf sangat gembira pada hari tersebut.
Pada bulan Mac, Mei dan Jun, Syaf dimasukkan ke wad kecemasan lagi.. Ya Allah, aku berharap pada tahun 2015 akan datang, Engkau sihatkan tubuh badanku, Engkau jauhilah aku dari sebarang jenis penyakit. Amin Ya Rabbalalamin.

Yang paling mengejutkan keluarga Syaf, baru-baru ini pada Disember 27, 3:00 p.m. Syaf ingin membeli ubat alergik di farmasi. Setelah Syaf dan ibu masuk ke dalam farmasi, Syaf terus pengsan. Pada masa itu, penglihatan Syaf hanya berwarna hitam. Ya Allah... dengan nafas yang tersangkut-sangkut.. Syaf berasa sangat takut! Alhamdulillah.. sekarang, Syaf hampir pulih keseluruhannya. :) dengan berbekalkan ubat. Syaf boleh menjalani aktiviti seharian seperti biasa dengan izin Allah.

Esok merupakan Januari 1, 2015... Jadi apakah AZAM tahun baru? hihi.. ^^ 
  • Kurangkan melayari Internet seperti Wechat, Whatsapp, Instagram, Twitter ect.
  • Tingkatkan usaha untuk belajar! sbbnya tahun depan Syaf SPM! T.T
  • Lebihkan Fokus untuk pelajaran~
  • Berat badan BERTAMBAH! *hope sangat-sangat! ;..;
  • Kurangkan minat tentang KPOP *xsure lah >3<
  • Mendapat keputusan SPM yang cemerlang! *supaya boleh sambung belajar kat oversea ke... mcm Beijing, China ataupun Berlin, Germany!
  • nak jadi seorang yang PERAMAH~ *hoho...selama ni Syaf menyombong ja atau erti kata lain BUDAK PENYENGAP ^3^
  • Menambah ilmu tentang Graphics! lalala~ *terokai ilmu photoshop dengan lebih mendalam
  • Kurangkan mengambil tempahan poster 
Okay... itulah AZAM tahun baru Syaf buat tahun 2015... hope akan tercapai.. Dengan kesempatan yang ada... Syaf ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jikalau Syaf ada membuat perkara-perkara yang telah menyakitkan hati anda. Andai sebelum ini Syaf pernah terkasar bahasa, Syaf mintak maaf... sbb Syaf dah terbiasa cakap macam tu ;_; Maafkan Syaf!!! >_< Syaf harap pada tahun 2015 kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Tanamkanlah sifat HIJRAH dalam diri. Sekian sahaja... Akhir kata dari Syaf Selamat Menyambut Tahun Baru 2015! ^_^