Aku dan Dia : Apa perlu aku lakukan? Part I


Hi~ Dah lama Syaf menyepi. Maaf kerana Syaf kurang berblogging selama dua bulan ni kerana Syaf terlalu sibuk dgn aktiviti sekolah. Sebelum Syaf nk bercerita kisah sedih Syaf, Syaf nak kongsikan berita gembira kepada readers semua. nge~. Yehet! kelas Syaf 4sc3 menang Naib Johan dalam Singing Competition. Ohorat~ ~ walopun ada beberapa-ii aksi semasa persembahan kami terpaksa dibatalkn kerana ada masalah teknikal tapi kami tetap dapat melakukan persembahan dengan baik! Terima Kasih Syaf ucapkan kepada Syukri dan Syafiq kerana sudi untuk bermain guitar untuk persembahan kami. Tak lupa juga kepada Ai'na yg telah membimbing kami dan telah menjayakan watak perempuan jahat dalam persembahan kami. Kepada Arep yg menjadi mangsa penampar Syaf dalam persembahan kami, Hazwan part solo kamu memang DAEBAK!, Rasyid,Adila dan Syahira tahniah Syaf ucapkan kerana anda berjaya menyanyikan part solo dengan baik! jyeah~ dan Azizi thanks sebab dah sudi berduet dgn Syaf dan lakonan kamu dengan Ai'na awesome betul~! Kkaeb Song !! hee. itu lah berita gembira yg ingin Syaf kongsikan bersama.

Tersebutlah kisah~ laksamana Hang Tu...
Opps! 
Huu.. TT_TT sedih betul Syaf untuk dua-tiga hari ni. kisah ini bermula dari 05/03/2014 hari singing competition berlangsung, lepas je habes competition tu mood gembira Syaf bertukar menjadi Sedih, Geram, Takut dll. semasa kami membuat persembahan dan Syaf dan Arep tengah melakukan 'aksi sweet' di atas pentas dan Syaf terpandang Si Dia telah meninggalkan Dewan. Hati Syaf semasa tu memang betul-ii down. lagu yg kami nyanyi tu dah mcm menuju kepada diri Syaf pulak~ semasa Si Dia tinggalkan Dewan tu, Syaf rasa Dia betul-ii kecewa dgn Syaf walopun Syaf dgn Arep 'hanya berlakon' di atas pentas. kenapa Dia tak boleh nak terima keinginan Syaf? Syaf hanya BERLAKON sahaja! jangan la nk jeles bagai. Wokay, Syaf tahu Dia memang kuat cemburu dan Dia mcm berat je nak izinkan Syaf turut serta dlm persembahan tu. Hidup Syaf dari dulu lagi memang TAK SUKA DIKONGKONG. Dia buat mcm tu seolah-olah nk control Syaf. Partner Arep iaitu Capital AN pun bagi ja Arep berlakon kenapa Dia tak bagi? Why? huu.. Semasa Syaf buat persembahan tu, kaki Syaf buat problem pulak. memang Allah bagi ujian yg tinggi untuk Syaf tempuhi pada hari tersebut. Demi rakan-ii Syaf, Syaf gagahkan jugak/lawan rasa sakit tu untuk menjayakan persembahan kami. Tapi bila Dia dah buat mcm tu Syaf dah rasa mcm sia-sia ja usaha Syaf. Syaf nak Dia tengok persembahan Syaf sampai habis tapi Dia blah mcm tu ja. hmm.. masing-ii membawa hati yg luka
waktu tamat sesi pembelajaran, Syaf bawa diri dengan hati yg duka. Syaf terus balik dan tak tunggu Dia. iyelah masing-ii tengah MARAH kang tak pasal-ii ada CERITA WAYANG FREE pula yg akan berlaku. Seharian Dia angin dengan Syaf*mungkinla . Dia nak Syaf pujuk Dia tapi SORRY Syaf memang TAK RETI nak pujuk Dia. Syaf dah berpuluh-puluh kali meminta maaf darinya tapi Dia NAK TAK NAK je nak maafkan Syaf. dari situ Syaf dah terasa dgn Dia. Yg peliknya dalam mesej Dia mcm happy je nak sembang dgn Syaf tapi keesokan harinya (06/03/2014) Dia buat perangai lagi. katanya Dia terbawa-bawa marah semalam~ huu.. Ape lagi, semalam merupakan hari SYAF MEMBERONTAK.!! 

bersambung...