☿ Girl I Need You ☿

Waktu Pertama Persekolahan
        Guru kelas 4VT2 memperkenalkan seorang murid baru yang baru berpindah dari sekolah lamanya ke Kirin Art School kerana terpaksa mengikuti ayahnya yang baru dinaikkan pangkat iaitu Mimie. “Annyeonghaseyo Mimie imnida! Saya akan belajar disini selama 2 tahun kerana saya akan melanjutkan pelajaran di New York pula. Harap kamu semua sudi membantu saya semasa saya di sini”. Mimie melemparkan senyumannya yang mempunyai lesung pipit menyebabkan semua pelajar di dalam kelasnya terpegun melihatnya. Ketika itu, Kikwang sedang kusyuk menyiapkan kerja rumah yang tidak siap lagi.”Mimie sila duduk sebelah Lily.” Kata guru kelasnya yang baru itu. Lily ialah kawan baik Sazzy, walaupun Sazzy nampak macam sombong tetapi hakikatnya dia seorang gadis yang periang. Mimie juga seorang anak yang pendiam. Mimie berjabat tangan dengan Sazzy yang duduk di sebelah kanannya itu. Sazzy membalasnya dengan senyuman yang manis.


Waktu rehat
            “kringgggggg……” loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Mimie mengikuti Lily dan Sazzy ke kantin. Pada masa yang sama Kikwang, Dujun dan Junhyung keluar tergesa–gesa macam di kejar oleh anjing berlari ke arah kantin. Semasa di kantin, Mimie terlanggar seorang pelajar lelaki iaitu Kikwang. Kikwang berasa marah kerana bajunya ditumpahi air oren yang dibeli oleh Mimie. “Mi…mi…mianhae…saya tak nampak awak. Lagipun awak lari kat kawasan kantin ni kenapa? Kalau nak lari pergilah lari dekat padang mesti tak ada kemalangan yang akan terjadi. Betul tak?” Mimie berkata dengan
Lemah-lembut. Kikwang tidak jadi ingin memarahi Mimie kerana dia akui yang dia memang bersalah. “Malunya aku…tapi budak ni comel la..dia dah wat aku tertarik kepadanya..aku yakin suatu hari nanti dia akan jadi kekasih aku!” Kikwang bermonolog dengan hatinya. Mimie dan rakannya itu beredar dari kantin kerana waktu rehat sudah hampir tamat.

Di dalam kelas
        Dujun dan Junhyung gelak akan Kikwang kerana telah tegur oleh seorang gadis yang comel. Kikwang berasa malu terhadap perangainya yang tidak pernah berubah seakan-akan kebudak-budakan. Mimie, Lily dan Sazzy masuk ke kelas dan terus ke tempat duduk masing-masing. Kikwang terkejut kerana Mimie duduk betul-betul dihadapannya. Hatinya berdebar-debar apabila dia terlihat tawa Mimie itu. “Hai! My name is Dujun. I am Lily’s boyfriend. Jika lily ada menggatal dengan lelaki lain, please inform me.” Dujun berkenalan dengan Mimie dan menatap wajah kekasihnya, Lily. “Hello, saya Junhyung..panggil je saya June…hehe…saya ni sudah berpunya…iaitu Sazzy…sebab itu saya duduk sebelah Baby saya ni…hehe..” Junhyung juga berkenalan dengan Mimie sambil melemparkan senyuman kepada Sazzy. Kemudian Sazzy menyampuk “sebenarnya June ni periang walaupun nampak muka dia garang tapi dia buat saya gembira.” Mimie berpaling ke belakangnya kerana dia ingin berkenalan dengan semua pelajar di dalam kelasnya. “Awak?! OMG! Tak sangka kita satu kelas? Hurmm..apa-apa pun, saya Mimie…selamat berkenalan.” Mimie terkejut melihat pelajar yang dia terlanggar di kantin. “Ha…ha…hai…nama saya Kikwang…selamat berkenalan.” Balas Kikwang dengan sedikit gagap.

Selepas setahun
        Dujun dan Junhyung ingin menolong Kikwang untuk mendapatkan cinta sejatinya daripada Mimie. Jadi Dujun memberi cadangan kepada Kikwang. “Haa! Aku ada satu idea, apa kata kau ajak Mimie keluar makan ke ataupun tengok wayang.” Kata Dujun. “Kalau kau nak ajak dia pergi tengok wayang, kau tengok la cerita hantu ataupun cerita romantik. Mesti dia cair dengan kau. Yang bestnye kalau kau tengok cerita hantu, bila babak ada hantu mesti dia takot, time tu kau boleh jadi hero, apa macam? Terbaik tak idea aku?” tambah Junhyung dengan cadangan Dujun. “Mimie…saya nak ajak awak keluar makan hari Ahad ni boleh tak?” tanya Kikwang. “ mmmm…boleh kot…nanti hari Sabtu ni saya tetapkan. Okey?” balas Mimie. “Okey” balas Kikwang ringkas. Mimie menelefon Kikwang untuk memberikan jawapan. “Hello? Kikwang ke ni?...saya dah fikir yang saya sudi keluar dengan awak. Jadi,dekat mana kita nak berjumpa?......Okey…bila saya dah sampai sana, saya call awak, okey. Bye”
“Hello, ya saya…betul ke wak? Yes!(gembira) okey, nanti kita jumpa dekat OLDTOWN dekat bandar okey? Okey, bye.”

First date
        “Hai” kata Mimie. “Hai, cantik awak hari ini.” Balas Kikwang. “Terima kasih. Awak pun apa kurangnya, handsome semacam je hari ni. Macam nak pergi dating je?” Mimie pula memuji kekacakan Kikwang. “Memang pun saya ada date. Kenapa saya terlebih kacak ke?” tanya Kikwang. “Ha!!(terkejut dan kecewa) dengan sapa? Boleh la…kacak la jugak.” Balas Mimie. Rupa-rupanya Mimie pun sudah lama pendam perasaannya dari hari pertama dia bersekolah bersama Kikwang. “Saya nak dating dengan awak la.” Jawab Kikwang. Mimie terkejut dengan kata-kata Kikwang. “Would you be my girlfriend?” tanya Kikwang kepada Mimie. Mimie terkaku sebentar kerana dia masih tidak percaya kata-kata Kikwang. Kikwang mengulangi pertanyaannya itu sehingga 3 kali lalu Mimie menjawab “Yes I would like to be your girlfriend 4ever.” Pada tarikh 16 January 2011 adalah tarikh yang bersejarah bagi mereka berdua.

3 hari sebelum berlepas ke new york
        Hari ini adalah hari terakhir Mimie bersekolah di Kirin Art School kerana dia akan berpindah ke New York buat selama-lamanya. Dia ingin berjumpa Kikwang buat kali yang terakhir. Oleh itu, dia telah menulis sepucuk surat untuk Kikwang yang akan membuat kenangan bagi Kikwang lalu Mimie menyuruh Lily dan Sazzy memberi surat tersebut kepada Kikwang. Mimie menulis “Kikwang…boleh kita berjumpa selepas waktu persekolahan di tempat yang awak purpose saya untuk jadi kekasih awak? Pada pukul 5 petang…saya harap awak akan datang dan saya tak nak awak menyesal kemudian.”

Hari terakhir
        Kikwang tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasihnya lalu dia tiba awal pada pukul 4.50 petang. Mimie nampak kelibat Kikwang di meja makan lantas Mimie memeluk erat sehingga Kikwang tersesak nafas. Mimie menceritakan sebab dia akan berpisah dengan Kikwang buat selama-lamanya. Kikwang tidak dapat terima kenyataan tetapi selepas dipujuk oleh Mimie lalu Kikwang menyanyikan lagu untuk Mimie buat kali terakhir Mimie mendengar suara Kikwang “You know me so well, Girl I need you, Girl I love you, Girl I heart you…I know you so well, Girl I need you, Girl I love you, Girl I heart you…Baby! I need you,I love You and I heart you…” Pada 16 January 2012 mereka berpisah dengan membawa kenangan masing-masing yang cukup terindah.


Gikwang as Kikwang

Sunny as Mimie

IU as Lily

Park Shin Hye as Sazzy

Doojoon as Dujun

Junhyung as Junhyung



No comments: