I Learn To Love You part 2






Semasa Hyemi tergesa-gesa turun tangga di sekolahnya. tiba-tiba..
‘AAARGGHHH....aaaduh... sakitnya..’
Hyemi terjatuh semasa menuruni anak tangga. Tangga sekolahnya licin kerana baru sahaja makcik tukang sapu mengemop tangga sekolahnya. Hyemi berasa pelik seketika.
‘kenapa lain macam aje ni?’ Hyemi hairan.
“Hoi! lama lagi ka kau nak duduk atas aku ni? atau kau ambil kesempatan dekat aku yang handsome ni?” jerkah Sehun yang tidak selesa.
‘OMG! mcm mna aku boleh terjatuh and terduduk atas badan mamat ni?’
“Sorry! saya tak sengaja dan saya tak perasan yang tangga ni licin. lagipun saya nak cepat ni.” jawab Hyemi dengan lemah-lembut. contorl ayu la katakan.
“Banyak betul alasan kau. Urgh, tepilah.” Sehun menolak Hyemi supaya ketepi.
‘Ish! Geram aku dengan mamat ni! Bongkaknya! aku dah cakap elok-elok dia boleh tolak aku..’ hati Hyemi tengah membara dengan kelakuan Sehun tadi. Hyemi meninggalkan sekolah dengan kakinya terhencut-hencut ke perhentian bas berdekatan dengan sekolahnya.
“Eh, Hyemi! kenapa dengan kaki awak?” tanya Luhan.
‘Wah.. Luhan ambil berat pasal aku la.’ berbunga hati Hyemi apabila Luhan menanyakan tentang kakinya yang terhencut-hencut apabila berjalan.
“Tadi saya jatuh tangga.” ringkas jawapan Hyemi.
“Kesiannya awak. mari saya tolong.” pinta Chanyeol, kawan baik Luhan. lalu Chanyeol memapah Hyemi ke tempat duduk perhetian bas.

Dirumah Hyemi.
‘Alamak.. kawan oppa ada la pulak. dah la kaki aku terhencut-hencut ni diaorang boleh pulak ada.’ keluh Hyemi.
“Annyeong...” ujar Hyemi setelah melihat kawan oppanya yg berada di ruang tamu.
“Oppa! omma mana?” tanya Hyemi.
“Keluar.” jawab Kris.
“Pergi mane?” tanya Hyemi lagi.
“Entah.” sepatah Kris menjawab kerana dia tengah tumpukan perhatian depan tv kerana ada game. pasukan Arsenel vs Chelsea.
‘patutla kawan oppa ade. bola rupanya’ keluh Hyemi lagi.
“Mane omma pergi ni. pagi tadi beria sangat suruh pulang awal bagai. bila dah pulang awal, dia pulak takde.” Hyemi meninggalkan Kris dan kawannya yang khusyuk melayan game yang sedang rancak. Terhencut-hencut dia menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.
“Hyemiahh! kenapa jalan terhencut-hencut?” tanya Kai, kawan rapat oppanya. Serta-merta semua orang yang berada di ruang tamu melihat Hyemi yang terhencut-hencut berjalan. almaklumlah BFF[Best Friend Forever] adik aku adik korang jugak. kawan-kawan Kris oppa lebih caring daripadanya.
“Hyemi cakap dengan oppa, kenapa Hyemi jalan mcm ni? ada orang pukul Hyemi ke?” tanya Suho.
‘Aish... Rimasla aku dengan diaorang ni terlebih caring dengan aku ni kenapa. Kris oppa pon tak caring mcam ni. Urghh! dia boleh buat derk aje dengan aku ni.’ Hyemi geram dengan perbuatan oppanya yang tak endah dengannya.
“Eh, takdela Suho oppa. Hyemi jatuh tangga je tadi. tangga tu licin, Hyemi tak perasan yang makcik tukang sapu tu baru lepas mop lantai.” jawab Hyemi tidak selesa. lalu Kris bangun menuju ke adiknya yang tebantut naik ke atas kerana ditegur oleh kawannya.
“Dah. tak payah nak jalan lagi. nanti oppa call omma.” ujar Kris lalu mendukung adiknya ke biliknya. Kris tahu Hyemi tidak selesa dengan perlakuan kawan-kawannya. tapi apakan daya mereka kawan Kris sejak kecil lagi. mereka sudah diibarat adik beradik. Selepas Kris menghantar Hyemi ke biliknya, telefon di poket seluarnya dikeluarkan lalu mencari nama ommanya lalu menekan button hijau untuk menelefon ommanya.
“Hello! Omma! omma kene balik sekarang! Hyemi jatuh tangga.” ujar Kris.
“Hello. Ya Kris! Baikla, Omma balik sekarang.” jawab Mrs. Kim.
“Mrs. Park, saya kene balik sekarang. anak perempuan saya jatuh tangga.” ujar Mrs. Kim kepada kawannya di kafe.
“Ouh! Yeke.. awak balik la dulu. pasal nak kenalkan anak kita tu nanti-nantilah. biar Hyemi sihat dulu.” jawab Mrs. Park yang kelihatan risau tentang keadaan Hyemi.
“Mmm.. baiklah. nanti saya call awak. saya pergi dulu.” ujar Mrs. Kim lalu meninggalkan Mrs. Park keseorangan di kafe.

‘Kringg! Kringg!’
Hyemi yang tengah lena dibuai mimpi indah terkejut apabila mendengar telefonnya berdering.
“He..lloo..”
“Hello! Hyemi! Kau tidor ke?” tanya Baekhyun selamba.
“Tak de la aku tengah gali lubang supaya boleh sumbat kau kat dalam lubang tu! dah tahu waktu macam ni aku selalu tidor kau masih nak tanya lagi!” berang Hyemi.
“Hehe. sorry! kau busy tak?” tanya Baekhyun.
“Tak kenapa?”
“Aku nak datang rumah kau boleh?”
“hurmm.. datang ajela. Tapi jangan datang dengan Soora!”
“Okay!” segera Baekhyun menutup telefonnya.
‘tut...tut...tut...’
“Cis! suka hati kau je letak telefon. tunggu kau nanti aku kerjakan kau!” marah Hyemi lalu dihempuk telefonnya di atas katil.
“Hyemi!! Hyung!!” jerit Baekhyun dari luar rumah.
“Oh! kamu Baek! Marila masuk!” ajak Kris.
“Okay Hyung! Hyemi mana?” tanya Baekhyun.
“Hyemi ada dibiliknya.” jawab Kris.
“Oh, dah sampai pun kau!” jerkah Hyemi yang terhencut-hencut menuruni anak tangga.
“Eh, Hyemi! kan oppa dah cakap jangan berjalan! kenapa degil ni!” melulu Kris menuju kearah adiknya dan menolong Hyemi menuruni anak tangga.
“Hyemiahh! kenapa ni?” tanya Baekhyun yang terkejut melihat Hyemi yang terhencut-hencut.
“Tadi masa nak turun tangga dekat sekolah aku jatuh la!” jawab Hyemi.
“Oppa! Hyemi nak cakap dengan Baekhyun sekejap.” pinta Hyemi supaya meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
“Okay! kalau Hyemi nak balik bilik panggil oppa ya!?” jawab Kris. Hyemi hanya mengangguk kepala tanda ya.
“Baekhyun! aku ada something yang nak bagi tahu ni. tapi jangan bagi tahu Soora! aku tak nak dia tahu sekarang.” ujar Hyemi serius.
“Erk.. Okay!”
“Sebenarnya aku dah ada tunang...”
‘...................’
“Baek! kau dengar tak apa aku cakap tadi” ujar Hyemi.
“Aku dengar la.” jawab Baekhyun sambil menahan gelaknya.
“Kau gelak je lah. tak payah nak cover depan aku!” marah Hyemi.Segera Baekhyun ketawa terbahak-bahak.
“Lawakla kau ni!” ujar Baekhyun yang masih ketawa.
“Baek! aku serius ni!” jerkah Hyemi.
“Ok! aku stop! tapi siapa tunang kau tu? macam mana kau boleh bertunang ni?” tanya Baekhyun.
“Entah, aku tak kenal pon siapa tunang aku tu. Appa aku yang rancang semua ni! Aku tertekan la!” ujar Hyemi.
“Besar betul masalah kau ni!” ujar Baekhyun.
“Baek! tolongla aku!” pinta Hyemi.
“Hurmm.. Okay. aku tolong. TAPI! ade upah tak?” tanya Baekhyun.
“Ish! aku ingat kau ikhlas nak tolong aku! upahnya aku belanja makan. tapi bawah daripada 10000 kwon!” jawab Hyemi.
“Okay set!” ujar Baekhyun.

Dirumah Sehun.
“Amacam, dah jumpa dah bakal ‘isteri’ kau?” tanya Luhan.
“Ish! kau ni. takde benda lain nak tanya?” ujar Sehun sambil memukul lembut bahu kawan rapatnya Luhan.
“Haha.. lagipun omma dan appa kau tukarkan sekolah supaya dapat selalu dekat dengan tunang kau kan. Tak kan tak jumpa lagi kut. Omma kau takde bagi klu ke tentang tunang kau tu?” tanya Luhan.
“Tak.. omma aku suruh aku cari sendiri. dan satu hari nanti baru omma dengan appa aku nak temukan aku dengan dia secara rasmi. tapi aku tak tahu bila.” keluh Sehun.
“Aish.. mengeluh nampak. tak sabar nak jumpa dia ke?” perli Luhan.
“Kau nampak ni?” penumbuk Sehun hampir sahaja melekat di pipi Luhan.
“Haha. aku gurau je lah!”
mereka berdua sedang leka berborak, Mrs. Park baru sahaja pulang selepas berjumpa dengan Mrs. Kim masuk ke dalam rumah dengan muka sedih.
“Omo! Omma kenapa sedih ni?” tanya Sehun yang risau tentang ibunya.

bersambung...


2 comments:

Ikha :) said...

best lah.. Daebak.. ^^

Mong Sya said...

hihi.. thanks ^^