Showing posts with label MyWriting. Show all posts
Showing posts with label MyWriting. Show all posts

I Learn To Love You part 3



“Aish.. mengeluh nampak. tak sabar nak jumpa dia ke?” perli Luhan.
“Kau nampak ni?” penumbuk Sehun hampir sahaja melekat di pipi Luhan.
“Haha. aku gurau je lah!”
mereka berdua sedang leka berborak, Mrs. Park baru sahaja pulang selepas berjumpa dengan Mrs. Kim masuk ke dalam rumah dengan muka sedih.
“Omo! Omma kenapa sedih ni?” tanya Sehun yang risau tentang ibunya.
“Sehun-ah! Tunang kamu jatuh tangga tadi. omma risau sangat.” terang Mrs. Park.
“Wait! jatuh tangga?! dekat sekolah ke omma?” tanya Sehun pula.
“Ha’ah. dia tergesa-gesa nak turun tangga, rupa-rupanya tangga tu licin. itu yang dia jatuh.” jawab Mrs. Park.
‘OMG! takkan la budak tu!’ wajah Hyemi semasa terjatuh di sekolah petang tadi diingatinya.
“Omma risau ni. takut-takut kaki dia terkehel ke. kesian dia.” sambung Mrs. Park.
“Omma tak payah nak risau sangatla. budak tu mesti ok!” jawab Sehun yakin.
“Budak?! dia ada namala Sehun! lagipun diakan tunang kamu. takkan kamu tak risau?!” marah Mrs. Park.
“Risau tu adala jugak. kalau dia ada nama, apa nama dia?” Sehun memancing ibunya supaya memberi tahu tentang tunangnya itu.
“Hye...oppss..”
“Sehun! kamu nak umpan omma ke! omma takkan bagi tahu. omma nak kamu cari sendiri!” marah Mrs. Park kerana dipermainkan oleh anaknya.
‘Aku dah agak! mesti Si Hyemi tu tunang aku! ARGGHH! aku mesti buat budak tu benci dengan aku!’ Sehun senyum sinis sambil dalam fikiranya memikirkan cara untuk membuat Hyemi membencinya.
“Omma pergila berehatnya. Sehun nak berborak dengan Luhan” pinta Sehun lalu dia pergi semula ke ruang tamu untuk berborak dengan Luhan yang asyik menonton tv.
“Luhan! kau kenal tak budak nama Hyemi?” terus Sehun menanya Luhan.
“Ada! budak kelas kita! Kenapa?” jawab Luhan terpinga-pinga.
“Saja.”
“Tapi bukan ke Hyemi tu duduk sebelah kau? takkan kau tak ingat kut??” ujar Luhan lagi.
“Yeke?! Senangla kerja aku!”
“Kerja? Kerja apa?” Luhan yang masih blur mendengar kata-kata Sehun.
“Adalah! RAHSIA!”
“Kata kawan! takkan dengan aku pun kau nak berahsia kut?”
“Ok! ni aku agak je ok!”
“Ok”
“Aku rasa, Hyemi tu ‘Tunang’ aku la”
“Aik?! macam mana kau boleh tahu? bukan ke omma kau suruh kau cari sendiri, cepatnya kau tahu Si Hyemi tu tunang kau?” ujar Luhan.
“Tadi, omma aku cakap yang tunang aku tu jatuh tangga dekat sekolah! dan tapi sebelum aku nak balik dari sekolah, ada budak perempuan jatuh tangga. yang buat aku tak tahan sangat, dia boleh pulak jatuh atas aku. itu yang aku geram dengan budak tu!” terang Sehun panjang lebar.
“Ooo.. eleh.. geram-geram pun tunang kau jugak!”
“Kau kena tolong aku!”
“Tolong apa?”
“Tolong aku macam mana nak buat Si Hyemi tu benci dengan aku!” ujar Sehun.
“Hurmm.. aku rasa bersalah la pulak..” jawab Luhan.
“Kau nak tolong aku ke tak?”
“Ok la.. tapi kalau terjadi apa-apa kau tanggung!”
“Yela! bukannya aku suruh kau membunuh pun!”
“Ok!”

“Hello... oh, Hyung!!!” jerit Kris gembira setelah menerima satu panggilan.
“Bila hyung nak balik sini?” tanya Kris dalam talian.
“Maybe hujung minggu ni hyung akan balik.”
“Oh.. boleh Kris bagitahu Hyemi yang hyung nak balik?”
“Jangan! hyung nak buat suprises dekat Hyemi.”
“Oh! okey! hyung ! ole-ole untuk Kris ada tak?”
“Mestila ada!! untuk uncle dengan untie pon hyung dah sediakan. untuk Hyemi pon hyung dah beli awal-awal lagi.”
“Oh! thanks hyung! dapat jugak barang dari London yer.”
“haha.. oklah Kris, hyung ada hal nak kena uruskan ni. sehari sebelum hyung balik Seoul, hyung call Kris yer.”
“Okay hyung!”
“Okay.”
‘tutt..tutt..tutt..’ bunyi ganggang telefon telah dimatikan.
‘Yes! Lay hyung akan balik tak lama lagi! mesti Hyemi gembira!’ Kris tersenyum sendiri selepas menerima panggilan dari London, abang sepupunya, Lay.

Rabu , di kelas 4-1
Hyemi dengan mata sedikit bengkak memasuki kelas 4-1.
“Hyemi-ahh! Annyeong!” tegur Soora dari belakang. Dengan segera Hyemi memusing ke arah belakang.
“Soora-ahh! Annyeong!”
“Hyemi!!! kenapa dengan mata kau?”
“haa!! mata aku??”
“mata kau! B E N G K A K!! kau nangis ke malam tadi? ceritala dekat aku kalau kau ada masalah.” tanya Soora.
“eh, takdelah.. sebenarnya...”
“Kalau nak bermesyuarat janganla menghalang orang lain nak masuk kelas.” sindir Sehun. Terkejut Hyemi dan Soora apabila disindir sebegitu. dengan pantas mereka berdua masuk ke kelas lalu menuju ke tempat duduk mereka.
‘Aish! buat malu je lah! Si Soora pon satu tak menyempat nak tanya aku! tak pasal-pasal ke sindir free!’ bebel Hyemi.
“Hyemi-ahh! saya nak mintak tolong sikit boleh?” tanya Xiumin, kawan sekelasnya.
“Ya! sure.”
“awak boleh tolong ajarkan saya bagaimana nak menyelesaikan soalan matematik ni?” Xiumin menghulurkan soalan matematik yang dia tidak tahu menyelesaikannya.
“Oh! senang je ni. awak perlu guna formula ni.bla..bla..bla...bla...” ringkas, padat, dan senang sahaja Hyemi menerangkan berkenaan Soalan ditunjukkan oleh Xiumin. Hyemi adalah seorang pelajar yang cemerlang di dalam kelasnya. terutama sekali dalam subjek matematik. Dia begitu gemar dengan subjek tersebut. tiada sesiapun di dalam kelasnya dapat mengalahkan keputusan ujian matematiknya kerana dia selalu mendapat 100% ataupun 99%.
“Oh! Thanks ya Hyemi sebab awak sudi ajarkan saya.” ujar Xiumin.
“Sama-sama” jawab Hyemi lalu kembali semula ke tempat duduknya. kemudian Sir Tao memasuki kelas 4-1.
“Okay class! I have important thing to tell to you. Our examenination just around the corner. it is a week from today. so prepare your lesson.” ujar Sir Tao kepada pelajarnya, di kelas 4-1.
“What! next week? oh! no!” keluh Baekhyun.
“Anything problem with the exam, Baekhyun?” ujar Sir Tao.
“Errr.. nothing Sir!” jawab Baekhyun acuh tak acuh.
“So. let’s start our lesson today.” ujar Sir Tao.
“Yes, sir!” jawab pelajar 4-1 yang tidak bersemangat setelah menerima berita bahawa ujian akan berlangsung pada minggu depan.
Di kantin
“Hyemi-ahh!! tunggulah aku!” jerit Soora dari belakang mengejar Hyemi yang laju berjalan bersama Baekhyun meninggalkan Soora keseorangan.
“Omo! Soora-ahh! cepatlah!” ujar Baekhyun. Hyemi memberhentikan langkahnya untuk menunggu Soora.
“Eh, korang! Jom buat ‘Study Group’??” ajak Soora setelah dapat mengejar Hyemi dan Baekhyun sambil menuju ke arah kantin.
“Emm.. boleh jugak! rumah sapa yang jadi mangsa?” tanya Baekhyun pula. Dengan segera mata Baekhyun dan Soora tertumpu ke arah Hyemi yang tercengang dengan borakan Baekhyun dan Soora. Seolah-olah jasadnya terduduk elok di kantin tapi rohnya terbang kemana. Baekhyun dan Soora pelik kerana Hyemi tidak memberi respond terhadap persoalan yang dibincangkan Baekhyun dan Soora.
“What???” ujar Hyemi pelik.
“What, kau tanya? Hye! kita orang bincang nak buat ‘Study Group’ dekat rumah kau lah! Boleh tak?” jawab Soora.
“Oh! Sorrylah aku tak dengar tadi. Of course la boleh!” jawab Hyemi pula.
“Okay! tempat dah ada. Bila kita nak start?” tanya Baekhyun.
“Err.. hari ni pon boleh.” jawab Hyemi acuh tak acuh.
“Okay! Set! pukul 4 kita orang datang rumah kau!” pantas Soora menjawab.
“Okay.” jawab Hyemi.

Di Rumah Hyemi.
“Omo! Oppa!” Hyemi terkejut setelah membuka pintu rumahnya.
“Yaa! Hyemi-ahh! buat oppa terkejutla kamu ni!” marah Kris.
“Mianhne~” jawab Hyemi sambil menundukkan kepalanya.


bersambung...


I Learn To Love You part 2






Semasa Hyemi tergesa-gesa turun tangga di sekolahnya. tiba-tiba..
‘AAARGGHHH....aaaduh... sakitnya..’
Hyemi terjatuh semasa menuruni anak tangga. Tangga sekolahnya licin kerana baru sahaja makcik tukang sapu mengemop tangga sekolahnya. Hyemi berasa pelik seketika.
‘kenapa lain macam aje ni?’ Hyemi hairan.
“Hoi! lama lagi ka kau nak duduk atas aku ni? atau kau ambil kesempatan dekat aku yang handsome ni?” jerkah Sehun yang tidak selesa.
‘OMG! mcm mna aku boleh terjatuh and terduduk atas badan mamat ni?’
“Sorry! saya tak sengaja dan saya tak perasan yang tangga ni licin. lagipun saya nak cepat ni.” jawab Hyemi dengan lemah-lembut. contorl ayu la katakan.
“Banyak betul alasan kau. Urgh, tepilah.” Sehun menolak Hyemi supaya ketepi.
‘Ish! Geram aku dengan mamat ni! Bongkaknya! aku dah cakap elok-elok dia boleh tolak aku..’ hati Hyemi tengah membara dengan kelakuan Sehun tadi. Hyemi meninggalkan sekolah dengan kakinya terhencut-hencut ke perhentian bas berdekatan dengan sekolahnya.
“Eh, Hyemi! kenapa dengan kaki awak?” tanya Luhan.
‘Wah.. Luhan ambil berat pasal aku la.’ berbunga hati Hyemi apabila Luhan menanyakan tentang kakinya yang terhencut-hencut apabila berjalan.
“Tadi saya jatuh tangga.” ringkas jawapan Hyemi.
“Kesiannya awak. mari saya tolong.” pinta Chanyeol, kawan baik Luhan. lalu Chanyeol memapah Hyemi ke tempat duduk perhetian bas.

Dirumah Hyemi.
‘Alamak.. kawan oppa ada la pulak. dah la kaki aku terhencut-hencut ni diaorang boleh pulak ada.’ keluh Hyemi.
“Annyeong...” ujar Hyemi setelah melihat kawan oppanya yg berada di ruang tamu.
“Oppa! omma mana?” tanya Hyemi.
“Keluar.” jawab Kris.
“Pergi mane?” tanya Hyemi lagi.
“Entah.” sepatah Kris menjawab kerana dia tengah tumpukan perhatian depan tv kerana ada game. pasukan Arsenel vs Chelsea.
‘patutla kawan oppa ade. bola rupanya’ keluh Hyemi lagi.
“Mane omma pergi ni. pagi tadi beria sangat suruh pulang awal bagai. bila dah pulang awal, dia pulak takde.” Hyemi meninggalkan Kris dan kawannya yang khusyuk melayan game yang sedang rancak. Terhencut-hencut dia menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.
“Hyemiahh! kenapa jalan terhencut-hencut?” tanya Kai, kawan rapat oppanya. Serta-merta semua orang yang berada di ruang tamu melihat Hyemi yang terhencut-hencut berjalan. almaklumlah BFF[Best Friend Forever] adik aku adik korang jugak. kawan-kawan Kris oppa lebih caring daripadanya.
“Hyemi cakap dengan oppa, kenapa Hyemi jalan mcm ni? ada orang pukul Hyemi ke?” tanya Suho.
‘Aish... Rimasla aku dengan diaorang ni terlebih caring dengan aku ni kenapa. Kris oppa pon tak caring mcam ni. Urghh! dia boleh buat derk aje dengan aku ni.’ Hyemi geram dengan perbuatan oppanya yang tak endah dengannya.
“Eh, takdela Suho oppa. Hyemi jatuh tangga je tadi. tangga tu licin, Hyemi tak perasan yang makcik tukang sapu tu baru lepas mop lantai.” jawab Hyemi tidak selesa. lalu Kris bangun menuju ke adiknya yang tebantut naik ke atas kerana ditegur oleh kawannya.
“Dah. tak payah nak jalan lagi. nanti oppa call omma.” ujar Kris lalu mendukung adiknya ke biliknya. Kris tahu Hyemi tidak selesa dengan perlakuan kawan-kawannya. tapi apakan daya mereka kawan Kris sejak kecil lagi. mereka sudah diibarat adik beradik. Selepas Kris menghantar Hyemi ke biliknya, telefon di poket seluarnya dikeluarkan lalu mencari nama ommanya lalu menekan button hijau untuk menelefon ommanya.
“Hello! Omma! omma kene balik sekarang! Hyemi jatuh tangga.” ujar Kris.
“Hello. Ya Kris! Baikla, Omma balik sekarang.” jawab Mrs. Kim.
“Mrs. Park, saya kene balik sekarang. anak perempuan saya jatuh tangga.” ujar Mrs. Kim kepada kawannya di kafe.
“Ouh! Yeke.. awak balik la dulu. pasal nak kenalkan anak kita tu nanti-nantilah. biar Hyemi sihat dulu.” jawab Mrs. Park yang kelihatan risau tentang keadaan Hyemi.
“Mmm.. baiklah. nanti saya call awak. saya pergi dulu.” ujar Mrs. Kim lalu meninggalkan Mrs. Park keseorangan di kafe.

‘Kringg! Kringg!’
Hyemi yang tengah lena dibuai mimpi indah terkejut apabila mendengar telefonnya berdering.
“He..lloo..”
“Hello! Hyemi! Kau tidor ke?” tanya Baekhyun selamba.
“Tak de la aku tengah gali lubang supaya boleh sumbat kau kat dalam lubang tu! dah tahu waktu macam ni aku selalu tidor kau masih nak tanya lagi!” berang Hyemi.
“Hehe. sorry! kau busy tak?” tanya Baekhyun.
“Tak kenapa?”
“Aku nak datang rumah kau boleh?”
“hurmm.. datang ajela. Tapi jangan datang dengan Soora!”
“Okay!” segera Baekhyun menutup telefonnya.
‘tut...tut...tut...’
“Cis! suka hati kau je letak telefon. tunggu kau nanti aku kerjakan kau!” marah Hyemi lalu dihempuk telefonnya di atas katil.
“Hyemi!! Hyung!!” jerit Baekhyun dari luar rumah.
“Oh! kamu Baek! Marila masuk!” ajak Kris.
“Okay Hyung! Hyemi mana?” tanya Baekhyun.
“Hyemi ada dibiliknya.” jawab Kris.
“Oh, dah sampai pun kau!” jerkah Hyemi yang terhencut-hencut menuruni anak tangga.
“Eh, Hyemi! kan oppa dah cakap jangan berjalan! kenapa degil ni!” melulu Kris menuju kearah adiknya dan menolong Hyemi menuruni anak tangga.
“Hyemiahh! kenapa ni?” tanya Baekhyun yang terkejut melihat Hyemi yang terhencut-hencut.
“Tadi masa nak turun tangga dekat sekolah aku jatuh la!” jawab Hyemi.
“Oppa! Hyemi nak cakap dengan Baekhyun sekejap.” pinta Hyemi supaya meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
“Okay! kalau Hyemi nak balik bilik panggil oppa ya!?” jawab Kris. Hyemi hanya mengangguk kepala tanda ya.
“Baekhyun! aku ada something yang nak bagi tahu ni. tapi jangan bagi tahu Soora! aku tak nak dia tahu sekarang.” ujar Hyemi serius.
“Erk.. Okay!”
“Sebenarnya aku dah ada tunang...”
‘...................’
“Baek! kau dengar tak apa aku cakap tadi” ujar Hyemi.
“Aku dengar la.” jawab Baekhyun sambil menahan gelaknya.
“Kau gelak je lah. tak payah nak cover depan aku!” marah Hyemi.Segera Baekhyun ketawa terbahak-bahak.
“Lawakla kau ni!” ujar Baekhyun yang masih ketawa.
“Baek! aku serius ni!” jerkah Hyemi.
“Ok! aku stop! tapi siapa tunang kau tu? macam mana kau boleh bertunang ni?” tanya Baekhyun.
“Entah, aku tak kenal pon siapa tunang aku tu. Appa aku yang rancang semua ni! Aku tertekan la!” ujar Hyemi.
“Besar betul masalah kau ni!” ujar Baekhyun.
“Baek! tolongla aku!” pinta Hyemi.
“Hurmm.. Okay. aku tolong. TAPI! ade upah tak?” tanya Baekhyun.
“Ish! aku ingat kau ikhlas nak tolong aku! upahnya aku belanja makan. tapi bawah daripada 10000 kwon!” jawab Hyemi.
“Okay set!” ujar Baekhyun.

Dirumah Sehun.
“Amacam, dah jumpa dah bakal ‘isteri’ kau?” tanya Luhan.
“Ish! kau ni. takde benda lain nak tanya?” ujar Sehun sambil memukul lembut bahu kawan rapatnya Luhan.
“Haha.. lagipun omma dan appa kau tukarkan sekolah supaya dapat selalu dekat dengan tunang kau kan. Tak kan tak jumpa lagi kut. Omma kau takde bagi klu ke tentang tunang kau tu?” tanya Luhan.
“Tak.. omma aku suruh aku cari sendiri. dan satu hari nanti baru omma dengan appa aku nak temukan aku dengan dia secara rasmi. tapi aku tak tahu bila.” keluh Sehun.
“Aish.. mengeluh nampak. tak sabar nak jumpa dia ke?” perli Luhan.
“Kau nampak ni?” penumbuk Sehun hampir sahaja melekat di pipi Luhan.
“Haha. aku gurau je lah!”
mereka berdua sedang leka berborak, Mrs. Park baru sahaja pulang selepas berjumpa dengan Mrs. Kim masuk ke dalam rumah dengan muka sedih.
“Omo! Omma kenapa sedih ni?” tanya Sehun yang risau tentang ibunya.

bersambung...


I Learn To Love You part 1





  • Sehun, Exo-k as Sehun
  • Tiffany, SNSD as Hyemi
  • Baekhyun, Exo-k as Baekhyun
  • Sohye, Wonder Girls as Soora
  • Kris, Exo-m as Kris
  • Luhan, Exo-m as Luhan 
  • Lay, Kai, Suho, Tao, Xiumin, Chanyeol, Chen, D.O

---------------------------------------------------------------------

“Omma! Appa! kenapa buat keputusan tak bincang dengan saya dulu? kenapa Omma dengan Appa terima pertunangan tu? Saya tak suka. Lagi pun Saya tak kenal pun siapa dia?” Hyemi membangkang dengan keputusan ibu bapanya.
“Keputusan appa dengan omma muktamad! selepas kamu tamat pelajaran sekolah menengah atas kami akan satukan kamu dengan dia!” terang Mr. Kim, appa Hyemi
“Hyemi benci appa! Hyemi benci omma!” Hyemi terus lari menuju ke bilik tidurnya. Dia mengambil anak patung kesayangannya lalu membalingnya ke dinding tanda protes dengan keputusan kedua orang tuanya yang sudah mengikatkan dia dengan pemuda yang tidak dikenalinya.
“Yoeboe! tengok tu Hyemi dah merajuk dengan kita. kita sepatutnya bincang perkara ni bersama dengan dia barulah buat keputusan. ini tidak terus saja setuju. Aish.. saya pelik la dengan awak ni. selalunya kalau ada perkara yang penting, kita akan bincang bersama-sama. tapi kali ni awak tidak pun menerima pendapat saya.” ujar Mrs. Kim, omma Hyemi.
“Sudahla. Saya dah malas nak fikir pasal ni lagi. Saya sudah pun terima lamaran dia. lagipun kita akan dapat faedah kalau kita satukan anak kita dengan anak dia.” jawab Mr. Kim.
“Awak menggunakan anak kita untuk kesenangan awak sahaja. itu namanya SELFISH!” marah isterinya lalu meninggalkan suaminya keseorangan di ruang tamu.
‘Salah ke kalau aku nak tambahkan bisnes aku?’ keluh Mr. Kim.
“Appa jahat! sepatutnya soal masa depan aku, aku yg perlu tentukan dengan siapa aku perlu kahwin, pekerjaan apa yg patut aku lakukan. ARGHHH! I HATE YOU, FATHER!” jerit hati Hyemi. Di kelopak mata Hyemi kelihatan ada air jernih ingin mengalir. Lalu menangisla dia dalam keadaan kecewa dengan sikap appanya yang ‘SELFISH’.
“Omma! mana Hyemi?” tanya oppanya, Kris.
“Apa lagi dalam bilik dialah. merajuk dengan appa kamu.” jawab Mrs. Kim. Terangkat kening Kris apabila mendengar jawapan ommanya.
“What? merajuk dengan appa? kenapa? apa yg appa dah buat?” tanya Kris.
“Appa dah tunangkan Hyemi dengan anak kawan appa.” jawab Mr. Kim yang menghampiri peti sejuk untuk mengambil air.
“What!?” terkejut beruk Kris mendengar jawapan appanya. lalu dia ketawa terbahak-bahak.
“Apa yang kelakarnya oppa?!” jerit Hyemi yg menghampiri mereka berdua di ruang dapur.
“Takdela. adik oppa dah jadi tunangan orang?! memang tak boleh percaya!” Kris meyambung tawanya selepas menjawab pertanyaan adiknya, Hyemi.
“Oppa pun sama saja dengan appa! URGH! benci oppa!” Hyemi mengambil makanan sambil memukul bahu oppanya lalu kembali ke bilik tidurnya tanda dia masih marah dengan keputusan ibu bapanya.
‘Aik, aku pon kau nak benci?!’ keluh Kris sambil senyum sinis.
“Appa! kenapa appa tunangankan Hyemi dengan anak kawan appa tu? kepunan sangat ke anak kawan appa tu nak berbini?” tanya Kris sambil ketawa kecil.
“Amboi, mulut kamu tu! jaga sikit ya! anak kawan appa tu umurnya sama dengan Hyemi. sebab appa terima pertunangan ni kerana appa nak majukan bisnes appa. kalau appa dengan kawan appa itu jadi besan, dia akan tolong appa kembangkan bisnes appa.” panjang lebar jawapan appanya.
“Ouh” sepatah sahaja jawapan Kris. kunci motor diambilnya di atas meja.
“Haa.. nak kemana pula tu?” tanya Mr. Kim.
“Nak keluar kejap. sebelum makan malam Kris balik la. Don’t worry. Kris akan balik tepat pada waktunya.” jawab Kris sambil menghidupkan enjin superbike miliknya sempena hadiah hari lahirnya yang ke-23, baru-baru ni.
“What?! Appa dah tunangkan Sehun dengan anak kawan appa? Oh, damn! I don’t like this! ini semua tipu je kan? appa takkan buat Sehun macam ni kan? Sehun masih 19 tahun kut. takkan la dah ada tunang? NO WAY!” ujar Sehun yang terkejut setelah mendengar permintaan appa untuk setuju dengan ikat pertunangan ini.
“Please Sehun! tolongla kali ni Sehun dengar cakap appa kamu tu.” pinta omma Sehun, Mrs. Park.
“Tapi omma! Sehun tak kenal pun siapa tunang Sehun tu. Entah cantik ke tak, Sehun tak tahu! Kalau perempuan tu gemok macam mana omma! Sehun TAK SETUJU!” jawab Sehun sambil mengeleng-geleng kepala membayangkan jika tunangannya itu bersaiz besar.
“Aish! tunang kamu tu kurus dan ‘cantik’ lagi.” jawab ommanya dan menekankan sedekit suaranya ketika menyebut cantik.
“Please Sehun. kalau kamu sayang omma kamu setuju sahaja dengan permintaan kami ni ya..” rayu Mrs. Park kepada anak tunggalnya.
Walaupun Sehun merupakan anak yang agak nakal tetapi dia tidak pernah membantah setiap permintaan ommanya. Almaklumla anak emas. Sehun tidak mempunyai saudara. Oleh itu dia menerima kasih sayang yang penuh daripada kedua orang tuanya.
“Hurm. baikla.” jawab Sehun dengan tidak rela.
“Haa.. satu lagi. Sehun akan bersekolah sama dengan tunang kamu. Appa dah mohon pertukaran sekolah kamu.” ujar Mrs. Park.
“What!!!” walaupun hati Sehun terluka tetapi dia perlu akur dengan keputusan keluarganya kerana mereka telah menjaga dia bagai menatang minyak yang penuh.
“Esok kamu akan mula berjalan di sekolah baru bersama dengan tunang kamu.” sambung Mrs. Park.

                                                                                     
Di kelas 4-1.
“Hye! Hyemi!” sapa Soora, kawan baik Hyemi. lalu diikuti dengan sapaan Baekhyun iaitu sepupu Hyemi.
“Hye buddies!” sapa Hyemi yang tidak ada semangat untuk terus hidup.
“Hyemi tu crush kau dah datang” dengan automatik Hyemi menjadi ceria setelah mendengar crush dia sudah datang.
‘Oh. Luhan! I like you so much!’ jerit hati Hyemi. tiba-tiba Hyemi menjadi sedih apabila teringat kisah keluarganya yang memaksa dia bertunang dengan pilihan keluarganya.
“Ish, crush dah datang masih sedih lagi ke? kau ada masalah ke?” tanya Baekhyun.
“mmm. balik nanti kau datang rumah yer” jawab Hyemi.
“Aik. takkan Baekhyun sorang aje yang kau ajak? aku taknak ajak ker?” ujar Soora yang seakan merajuk dengan Hyemi.
“Wajibla kau mesti ada! Okay!” jawab Hyemi untuk memujuk Soora.
‘Knock! Knock!’
Sir Tao masuk ke kelas 4-1 bersama seorang pelajar baru.
“Attention please! today you will have a new friend. His name is Sehun. Say hello to him.” ujar Sir Tao.
“Hello Sehun!” ujar pelajar 4-1.
“Hello! My name Park Sehun. just called me Sehun. Nice to meet you” Sehun memperkenalkan dirinya di depan pelajar 4-1.
“Okay Sehun, please take your seat beside Hyemi.” ujar Sir Tao sambil menunjukkan arah tempat duduk Sehun.
“OMG! Hyemi! comelnya dia! aku rasa bertambahla crush kau! dah duduk sebelah kau.” kacau Soora yang duduk depan Hyemi. Hyemi memang suka duduk berseorangan walaupun dia mempunyai ramai kawan.
“AYYY! Soora! crush aku hanya L-U-H-A-N sahaja!” jawab Hyemi sambil mengeja nama Luhan, crush Hyemi. di hati Hyemi yang tertulis nama Luhan sedangkan dia telah ditunangkan dengan orang yang tidak dikenalinya. Sehun terus menuju kearah tempat duduknya bersebelahan Hyemi.
“Hello~ my name is Kim Hyemi. just called me Hyemi.” Hyemi memperkenalkan dirinya setelah Sehun duduk di kerusi. Sehun mengalih memandang Hyemi. Hyemi terkejut. lalu Sehun seyum sinis.
‘Cis, aku baru aje duduk, kau dah terhegeh-hegeh kenalkan diri kau dekat aku. mcmla aku teringin sangat nak kenal kau’ ujar Sehun perlahan.
‘Ekeleh! Annoying betul mamat sekor ni! harap muka ja handsome tapi SOMBONG. menyampah aku!” jerit hati Hyemi yang geram dengan tingkah laku Sehun.
“Okay class! Lets start our lesson.” kata Sir Tao selepas Sehun duduk di tempatnya.
Pembelajaran kelas 4-1 berjalan dengan lancar malangnya tidak bagi Hyemi. dia hilang tumpuan semasa sesi pembelejaran. permintaan appanya membuatkan dia hilang tumpuan di dalam kelas.
‘Huh, harap muka ja cun tapi kuat berangan!’ sinis Sehun.
‘Kringgg! Kringgg!’ bunyi loceng kedengaran bermakna tamatla sudah sesi pembelajaran pada hari ini.
“Baek! Soora! Sorry. aku terlupa aku ada hal petang ni. sorry okay! esok-esokla aku cerita pasal masalah aku tu ye” ujar Hyemi lalu meninggalkan Soora dan Baek di kelas 4-1.
“Aik? sejak bila Hyemi jadi pelupa ni?” Baekhyun hairan.
Semasa Hyemi tergesa-gesa turun tangga di sekolahnya. tiba-tiba..
‘AAARGGHHH....aaaduh... sakitnya..’

Hyemi terjatuh semasa menuruni anak tangga. Tangga sekolahnya licin kerana baru sahaja makcik tukang sapu mengemop tangga sekolahnya. Hyemi berasa pelik seketika.

bersambung...

p/s: maafla kalo bahasa tunggang langgang.. kalo ada salah tolong la tegur. Sya buat macam ni untuk memantapkan penggunaan bahasa Sya. Sya tulis cerita secara suka-ii.. Hope korang faham apa yg Sya cuba sampaikan. ^_^ TQ.