I Can See The Ghost Part 6




===I Can See The Ghost Part 6===
*Korang yang baru tersedar dari pengsan*
(Y/N) : *Pegang kepala korang* Arggh, sakit nye kepala aku…
Xiumin : Awak dah sedar??
*Xiumin pergi kearah korang*
*Korang melihat tubuh Xiumin yang samar-samar*
(Y/N) : Xiumin??
Xiumin : Nae, saya kenapa??
(Y/N) : Saya kat mana ni ??
Xiumin : Kat rumah saya…sekarang Omma dengan Appa saya tak ada untuk beberapa minggu ni…so, awak jangan la risau okay??
(Y/N) : Arggh!! Sakit…*Pegang perut korang*
Xiumin : A..awak kenapa ni?? *muka risau*
(Y/N) : Sakit, sakit sangat… *buat muncung itik*
Xiumin : Ye la!! Saya tau la awak sakit!! Tapi sakit kat bahagian mana?! *risau*
(Y/N) : Sakit perut la!! Saya lapar, tengok…perut saya dah bunyi banyak kali T_T
Xiumin : *Cubit pipi korang* Tak lawak la..Lain kali jangan buat macam tu lagi… 
(Y/N) : *Cebikan mulut* Arghh!! Sakit la T_T
Xiumin : Awak rehat la dulu…nanti saya bawakan makanan….
*Apabila Xiumin nak bangun, korang sempat menarik tangannya*
Xiumin : Awak kenapa ni??
(Y/N) : Jangan tinggalkan saya sorang-sorang kat sini…saya takut…
Xiumin : (Hmm, kesiannya…Mesti dia trauma lepas masuk bilik Jongin tadi) Awak janganla risau…saya pergi sekejap je…kat bilik ni cuma ada Omma dengan Appa saya je…dia tengah duduk kat kerusi tu, nanti Omma saya boleh jaga awak sekejap… *tunjuk kerusi kosong, seolah-olah Omma dengan Appanya sedang duduk*
(Y/N) : Awak jangan nak tipu saya la..kat situ cuma ada kerusi yang kosong..mana ada orang tengah duduk kat situ…
*Xiumin hanya senyum tawar sebab tak tau cara nak jelaskan kat korang, apa yang dia nampak kat kerusi tu*
Xiumin : Jangan risau…saya pergi sekejap je..percayakan saya ye?? Saya akan jaga awak lepas ni…
(Y/N) : Janji??
Xiumin : Nae..janji…
*Xiumin keluar dari bilik*
--Selepas Beberapa Minit—
*Xiumin membawa dulang yang berisi semangkuk bubur dan air fresh oren*
Xiumin : Nah, awak makan la… *duduk di sebelah korang*
*Korang hanya bersandar di kepala katil dan Xiumin pula duduk di atas katil,sebelah korang*
(Y/N) : Wah…macam sedap je..awak ke yang masak??
Xiumin : Err, ye ==”
---Flash Back---
Suho : Xiumin, tolong hyung!! Banyak api kat kuali ni!!! *kibas-kibas guna kain*
*Tiba-tiba kain yang dikibas Suho tadi terbakar*
Suho : Arghh!!! Xiumin, tolong!!! T_T
Xiumin : Hyung buat apa tu?! Jangan kibas lagi la!! Dah huru hara dapur ni!!
*Pembantu-pembantu rumah agam disitu cuma memerhatikan je keadaan Xiumin dan Suho*
Maid 1 : Erk, kita patut tolong anak majikan kita kan?? ==”
Maid 2 : Jangan…Tuan muda Suho dan Tuan muda Xiumin dah bagi tau kita tadi…kalau jadi apa-apa..jangan tolong diaorang…
Maid 3 : Tapi saya tengok…dah macam teruk sangat je tu, jom la kita tolong…-_-
Maid 1&2 : Jangan!! Kalau kita tolong, mesti diaorang marah nanti…tak pasal-pasal kena buang kerja 
Suho : Xiumin mana kau ni?! Cepat la bawak alat pemadam api!!
*Xiumin yang berlari kearah Suho dengan membawa alat pemadam api*
Xiumin : Hyung!! Ketepi!! Saya nak padam api!!
Suho : Palli la Xiumin!!
*Xiumin yang menghalakan hos pemadam api kearah kuali*
*Xiumin dah Suho duduk di lantai dapur kerana kepenatan selepas memadam api*
Xiumin : Hyung…bubur yang kita masak tadi..dah tak macam bubur..hitam je 
Suho : Nae..hyung tau…nanti hyung suruh pembantu rumah kita kemaskan dapur ni and masakan bubur untuk (Y/N) ==”
Xiumin : *Xiumin tengok muka Suho* Pfft…hitam nya muka hyung!! XD
Suho : Diam la!! Hyung comot macam ni pun sebab kau lambat sangat nak tolong hyung padamkan api!!!
Xiumin : Hahahaha…. What?? Pelajar hot kat sekolah, mukanya hitam sebab cuba untuk padamkan api…best ni kalau Xiumin buat cerita kat sekolah XD
Suho : Diam la XIumin!!!
---Flash Back End---
*Xiumin padang muka korang yang sedang makan*
Xiumin : Sedap ke bubur tu??
(Y/N) : Sedap…betul ke awak yang masak bubur ni??
Xiumin : Mesti la…tak percaya ke?? ==”
(Y/N) : Ye la…saya percaya….
Xiumin : Awak….
(Y/N) : Ye…
Xiumin : Macam mana awak boleh nampak….
(Y/N) : Nampak apa??
Xiumin : Nampak roh, hantu dalam bilik yang awak masuk semalam??
(Y/N) : Saya tak tau…Jangan cakap pasal ni lagi…saya tak suka, takut sangat..saya tak nak benda ni jadi kat saya lagi…
Xiumin : Mesti sebab saya pegang tangan awak kat sekolah tu lama sangat kan?? Sebab nak selamatkan awak haritu…
(Y/N) : Apa yang awak maksudkan ni?? Saya tak faham la…
Xiumin : Okay..biar saya jelaskan…
---Flash Back---
*Ketika XIumin berumur 12 tahun dan Suho berumur 13 tahun*
Suho : Hyung tak percayakan hantu…
Xiumin : Hyung,percaya la cakap Xiumin…Hantu memang wujud…Dan Xiumin boleh nampak hantu…
Suho : Jadi, Xiumin nak bagitau hyung…selama ni yang hyung selalu tengok Xiumin cakap sorang-sorang tu…sebenarnya Xiumin cakap dengan hantu??
Xiumin : Nae…betul tu…
Suho : Dah la Xiumin…Hyung tak nak dengar lagi…
*Suho melangkah untuk meninggalkan Xiumin yang berada di ruang tamu*
Xiumin : Hyung!! Dengar la dulu Xiumin nak jelaskan kat hyung sekejap… *pegang bahu Suho*
*Semasa Xiumin pegang bahu Suho…Suho terasa sesuatu yang pelik*
Suho : Siape yang ada kat sini??Apa semua ni Xiumin??
Xiumin : Hyung…sekarang hyung boleh nampak apa yang saya boleh nampak selama ni?
*Suho nampak banyak lembaga dan roh di sekeliling ruang tamu*
Xiumin : Hyung tengok la kat tangga tu….
*Suho ternampak satu roh di tangga…roh Jongin*
Xiumin : Hyung boleh nampak kan siape yang ada kat tangga tu?? Tu roh abang hyung…yang mati bunuh diri dulu…
*Xiumin terus melepaskan tanganya dari bahu Suho*
Suho : Yang tadi tu…Jongin??
Xiumin : Nae… Sekarang hyung percaya kan apa yang Xiumin cakapkan tadi?? Xiumin boleh nampak hantu…nampak roh yang berlegar kat mana-mana..termasuk la kat dalam rumah kita ni…Kadang-kadang, Xiumin rasa terseksa…kenapa benda ni semua mesti jadi kat Xiumin… *Air mata yang cuba ditahan*
Suho : *Peluk Xiumin* Jangan nangis…nanti kita cuba selesaikan masalah Xiumin ni ye??
Xiumin : Nae…*Lap air mata guna lengan baju*
---Flash Back End---
(Y/N) : Awak?? Awak nak jelaskan apa ni??
Xiumin : Tak jadi la…
(Y/N) : Cepat la…saya nak dengar apa yang awak nak jelaskan tadi…
Xiumin : Hmm…saya takut kalau awak…
(Y/N) : Hish!! Apa takut-takut nya?? Tak yah takut la..cepat cerita…
Xiumin : Nae…
*Xiumin terus memegang tangan korang*
Xiumin : Ni yang saya nak ceritakan kat awak.. I can see the ghost…Kalau sape-sape yang saya pegang…dia juga boleh nampak hantu…
*Korang melihat ada 2 roh yang sedang duduk di kerusi yang Xiumin tunjukan tadi sebelum Xiumin mengambil bubur untuk korang*
(Y/N) : Yang tu… *Tunjuk 2 roh yang sedang duduk sambil senyum memerhatikan XIumin dank orang*
Xiumin : *Senyum tawar* Tu, Omma dan Appa saya dulu…
(Y/N) : *Potong cakap XIumin* Ouh ..ye ke?? Annyeong… *bow*
Xiumin : Mati sebab kemalangan masa saya berumur 5 tahun dulu…
(Y/N) : *menggigil*
Xiumin : Awak?? *Xiumin dapat rasa tangan korang yang sejuk seolah-olah ketakutan*
(Y/N) : Awak tipu!!!!
=== TO BE CONTINUED===


Credit to : Hawani Wani


1 comment:

António Je. Batalha said...

Muito bom o seu blog, estive a percorre-lo li alguma coisa, porque espero voltar mais algumas vezes,deu para perceber a sua dedicação em partilhar o seu saber.
Se me der a honra de visitar e ler algumas coisas no Peregrino e servo ficarei radiante.
E se gostar e desejar comente.
Que Deus vos abençõe e guarde.
Abraço.Peregrino E Servo.